Rahsia Close Sales Online
Rahsia Close Sales Online

《 RAHSIA CLOSE SALES ONLINE 》

Strategi terbukti close lebih banyak sales dengan pelanggan yang PM, tanpa kena merayu ataupun turunkan harga.

RM499.00
RM699.00

Panjang

3 jam 18 min

FORMAT

Kursus Online

INDUSTRI

Semua

SAIZ BISNES

RM0 → RM1 Juta

MUNGKIN NI KURSUS YANG ANDA TERCARI-CARI

Cuba dengar kata coach & pereka kursus ni

NAK CLOSE SETIAP PELANGGAN YANG MASUK PM?

Betul tu.

Hampir semua pelanggan yang masuk PM boleh jadi beli daripada anda, kalau anda tahu cara nak close secara berkesan.

Maksudnya, sales & profit anda boleh 2x, 3x, malah 10x,
tanpa kena menghabiskan lebih banyak kos marketing.

Syok kan?

Bayangkan, tak payah merayu customer untuk beli.
Malah, customer anda akan berterima kasih sebab anda dapat bantu mereka.

Tak perlu lagi rasa down sebab customer tak balas,
Tak perlu lagi tidur tak lena pasal sales takde.

Sebab anda ada alatan, strategi dan formula closing untuk bantu anda buat closing step-by-step secara sistematik.

Anda dapat kawal 100% sales anda.

Betul.

Kami yakin sangat semua ni possible.

Sebab kami dah membuktikan dalam 147+ industri yang berbeza, melalui bimbingan dengan 1,032+ usahawan di pasaran Malaysia.

Tak kira anda rasa anda kurang berpengalaman,ataupun kurang mahir,

anda pun boleh naikkan closing anda.

Sebab dengan formula closing ni, simple je...

NI BUKAN SALAH ANDA

Ada tak pelanggan yang masuk PM, bila anda reply, tahun depan baru dia balas?
Ataupun dia tanya harga je, lepas tu teruk krik-krik.

Anda tengah fikir samada itu pelanggan punya pasal, ataupun orang yang masuk tu semuanya sebenarnya tak berminat?

SEBENARNYA, anda hanya perlu tukarkan cara anda buat closing.

Adakah anda ada strategi dan skrip untuk follow up sampai pelanggan membeli,
dan customer rasa happy sangat dengan follow up anda?

Adakah anda ada formula yang sistematik,
supaya sales anda 100% dalam kawalan anda?

Ataupun emosi anda dikawal sebenarnya dikawal oleh customer?
Customer beli, happy.
Customer tak reply, down?

Nak tak rahsia untuk close lebih banyak sales, tanpa kena merayu ataupun turunkan harga anda?

Kalau anda kata "Ya",

BAGUS!

Mungkin selama ni anda ingat,

"Asalkan saya ada skrip, closing saya akan naik."
"Asalkan produk saya bagus, customer akan beli."
"Asalkan saya asyik follow up, pelanggan akan bayar."

Tapi hakikatnya lain pula macamnya.
Apakah masalahnya?

Ni bukan salah anda,

tapi ikut pengalaman kami close lebih daripada 10,000+ pelanggan,
dan bimbing lebih daripada 1,032+ bisnes,

anda perlukan lebih daripada skrip dan produk yang bagus sahaja...

JAWAPAN ANDA DALAM KURSUS NI

Setiap bisnes berlainan.
Setiap pelanggan berlainan.

Bila anda cuba pakai skrip yang sama untuk bisnes yang berlainan, ia TAK AKAN BERKESAN!

Rahsia untuk anda dapat close sales berlambak secara lebih senangnya, adalah untuk kuasai strategi, mindset dan juga alatan.

Mengikut pengalaman kami, anda perlukan ketiga-tiganya. Biasanya kalau sales tak dapat nak close, anda kekurangan salah satu dalam bisnes anda.

Bila anda ada ketiga-tiga bersama, sales anda akan naik secara automatik, tanpa anda cuba pun.

Macam mana anda nak ada ketiga-tiga?

Semuanya dalam kursus 《 Rahsia Close Sales Online》ni.

Bayangkan, segala perbualan dengan customer dalam kawalan anda.
Bayangkan, kelegaannya bila anda tahu cara jawab setiap soalan daripada customer.
Bayangkan, setiap PM bertukar jadi pelanggan dan klien yang gembira.

Anda akan kuasai rahsia untuk close lebih banyak sales dalam PM secara berkesan, tiada lagi merayu, tiada lagi terpulang kepada nasib, tiada lagi turunkan harga.

Anda akan kuasai rahsia untuk close lebih banyak sales dalam PM secara berkesan,
tiada lagi merayu, tiada lagi terpulang kepada nasib, tiada lagi turunkan harga.

Anda akan jimat beribu-ribu, malah beratus-ratus ribu ringgit daripada pembaziran kedalam kos marketing dapatkan PM yang anda tak dapat nak close.

Sekarang, anda pun boleh close lebih banyak sales melalui online.

APA DALAM KURSUS NI?

Modul #1: Alatan Closing Power

Closing anda akan jadi jauh lebih senang, berkesan dan POWER, kalau anda dah siapkan alatan closing anda. Tanpa alatan ni, sales dan closing akan up and down macam roller-coaster, semuanya diluar kawalan.

Lepas modul ni, anda akan tahu apakah alatan yang anda perlukan, untuk kawal 100% proses closing anda.

Modul #2: Formula Closing A-I-R-O

Formula closing 4-step yang direka khas mengikut pengalaman closing dengan 10,000+ customer dalam masa 1 tahun je, dari produk berharga RM X ke RM XX,XXX, dalam 147+ industri yang berlainan di pasaran Malaysia.

Ikut je formula ni, anda boleh cipta skrip dan proses closing tersendiri yang akan membawa lebih banyak SALES dan PROFIT secara sistematik. Tak takut lagi lain-kali pelanggan krik-krik, ikut je formula untuk close sales.

Modul #3: 5 Senjata Follow-Up

Kebanyakan customer tak beli kali pertama mereka PM.
Pakai 5 senjata follow-up, dan pelanggan akan membeli lambat-laun.

Anda tak payah lagi kena sakit kepala fikirkn macam mana nak follow up. Senjata dah ada dalam tangan anda.

Bestnya? Pelanggan akan berterima kasih lepas membeli sebab anda follow up. Best best best, kan?

Modul #4: 10X Customer Life-Time Value

Ramai sangat bisnes hanya mampu buat pelanggan beli sekali sahaja. Lepas modul ni, anda akan kuasai cara nak buat customer repeat pembelian berkali-kali.

Cara nak upsell, cross-sell, down-sell, dan juga buat pelanggan anda bawa pelanggan lain? Semuanya ada cover dalam modul ni.

Modul Bonus: Demo Setup FB Messenger untuk Closing

Facebook Messenger ialah alatan yang sangat berkuasa untuk buat closing bila pakai secara betul.

Ramai yang tak sangka, ia boleh jadi lebih POWER daripada WhatsApp.
Dalam modul ni, coach akan buat demo step-by-step untuk tunjukkan anda cara nak buka kunci KUASA Messenger untuk close sales lebih.

COACH ANDA

JOSHUA WONG

Joshua adalah pengasas BinaBisnesOnline, Airda Group dan juga pakar strategi yang telah membimbing 1,000+ usahawan dalam membina bisnes dan menaikkan sales mereka.

Walaupun berusia muda, salah satu bakat beliau adalah dalam meringkaskan strategi bisnes dan sales yang berkesan, supaya  murid dan ahli pasukannya dari background yang berlainan boleh faham dan praktikkan konsepnya secara mudah.

Ia sebab Joshua bukan merupakan seorang lagi "sifu" yang bincangkan tentang teori sahaja. Beliau merupakan seorang usahawan yang praktikkan setiap idea dan strategi dalam bisnes 7-angkanya sendiri, sampailah hari ini.

KATA USAHAWAN LAIN

ACHO & ROSY

Kerepek Mina

"Cari orang yang betul, dapat jawapan yang betul, result pun yang betul."

"Sebelum ni, 100% perniagaan kami offline. Bila kami baru mula bisnes online, sangat sakit hati bila kita wasap pelanggan, tahun depan baru kena balas.

Lepas 2 minggu saja belajar dengan BBO, sales kami terus huru-hara! Kami close sales dalam PM sampai subuh tak berhenti-henti.

Kami betul-betul rekomen BBO 200% kepada rakan-rakan niaga diluar. Cari orang yang betul, dapat jawapan yang betul, result pun yang betul."

HAZIQ

Laziz Brownies

"Memang, nak katakan perfect. Saya pun tak sangka boleh buat sales sebanyak macam tu. Macam magik!"

"Sebelum ni memang tak pernah berniaga tentang makanan. Bermula dari zero, dalam masa 2 minggu je, saya pun tak sangka boleh buat sales sebanyak macam tu!

Memang power, memang hebat...memang sales giler-giler. Memang saya rekomen sangat BBO. Memang nak katakan, perfect. Macam magik!"

KELVIN HONG

Rackstation

" Jualan yang lebih konsisten. Morning till midnight coming in non stop"

"Salah satu pengalaman yang amat mengembirakan buat tahun lepas, jualan sales mencecah RM1.5 juta.

Ia amat berbaloi untuk membayar kepada FB sebagai salah satu sales person untuk mendapatkan jualan yang lebih konsisten. Lot of enquiry everyday...Morning till midnight coming in non stop. Satu cawangan akan dibuka pada bulan akan datang.

Terima kasih kepada BBO yang asyik memberi tunjuk ajar sejak saya join Tribe BBO."

PELAN TINDAKAN ANDA

1 - BELAJAR

Join kursus dan dapatkan akses serta-merta ke dalam kursus ni di Akademi BinaBisnesOnline.

2 - BERTINDAK

Bertindak dan asahkan kemahiran anda mengikut bimbingan step-by-step dalam kursus secara konsisten.

3 - BERHASIL 

Meraikan kenaikan ketara dari segi sales, profit dan prestasi keseluruhan dalam bisnes anda!

PENDEK KATA...

PADA AKHIR KURSUS NI,
ANDA AKAN DAPAT

1. Close sales dengan lebih keyakinan

Dengan mindset, alatan dan strategi yang anda akan dapat, segala proses closing akan jadi dalam kawalan anda. Sales anda akan jadi dalam kawalan anda.

2. Close lebih banyak sales online

Bila anda menaikkan closing anda, anda akan dapat close lebih banyak sales walaupun tak menaikkan kos untuk marketing anda. Sales naik, profit pun naik.

3. Customer beli lebih kerap

Pelanggan akan nak beli lebih daripada anda kalau anda membina bisnes dan proses jualan anda secara betul. Strategi follow-up, upsell, cross-sell, promo dan lain-lain akan membolehkan pelanggan anda beli lebih banyak dan lebih kerap daripada anda.

4. Customer bawa customer lain

Dengan memahami psikologi dan pemikiran pelanggan anda, anda akan dapat bina fans yang taat dengan bisnes anda, dan bawa lebih ramai lagi pelanggan baru untuk anda. Tanpa anda kena bayar lagi sesen pun.

Bagi peluang kepada diri anda untuk naikkan lagi sales anda.

BONUS TERHAD

TRIBE USAHAWAN BBO

RM3,997 PERCUMA

Idea, inspirasi & sokongan bersama coach & usahawan lain!

Bisnes lebih mencabar dan boring kalau anda seorang je, kan?

Jangan risau. Bila anda join kursus ni, anda akan join juga Facebook Group peribadi eksklusif untuk semua murid BinaBisnesOnline (BBO).

Anda juga akan dapat support daripada usahawan lain,
berkongsikan idea & pengalaman,

dan juga dapat akses ke semua offer & event paling latest BinaBisnesOnline!

SOALAN LAZIM

Customer Reviews

Based on 15 reviews
100%
(15)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nor Almal
Mengajar dengan jelas

Mengajar dengan jelas setiap satu persatu cara dari mula sampai sampai habis. Tempat yang sesuai untuk belajar dari o

S
Sharifah zahra
kurang bebel motivasi merapu.

From A to Z penuh dengan ilmu. Dan kurang bebel motivasi merapu. Layanan tiptop sepantas kilat dan penuh dengan ilmu baru.

A
Aishah Ali
penerangan mudah faham dan jelas.

Di ajar langkah demi langkah dan boleh akses mengikut masa kita sendiri, penerangan mudah faham dan jelas.

N
NASRU BAHARUDDIN
Cara mengajar bisnes online dengan bersunggug-sungguh dan efektif

PEMBELAJARAN BISNESS ONLINE YANG SANGAT EFEKTIF. Buat fb ads dengan cara yang betul, sebab dapat target pelanggan yang betul.

s
syarifah latifah
ILMU YG DI AJAR TERKINI DAN BETUL

PENYAMPAIAN YG JELAS DAN NAMPAK JUJUR SIFAT MEMBANTU. ILMU YG DI AJAR TERKINI DAN BETUL

《 RAHSIA CLOSE SALES ONLINE 》

Rahsia bisnes online mendapat 100+ PM dan sales berlambak melalui FB setiap hari, tanpa follower yang ramai dan modal yang banyak

RM499.00
RM699.00

Copyright © 2022 Bina Bisnes Online Sdn. Bhd. All rights reserved.

PERHATIAN: PENAFIAN FAEDAH DAN UNDANG-UNDANG

Kami tidak percaya dengan program-cepat-kaya. Kami percaya dalam bekerja keras, menambahkan nilai dan membantu orang lain. Dan itulah tujuan setiap program kami, iaitu untuk membantu anda membuat sedemikian. Seperti yang dinyatakan oleh undang-undang, kami tidak dapat dan tidak membuat jaminan mengenai kemampuan anda sendiri untuk mendapatkan hasil atau memperoleh kejayaan dengan idea, maklumat, program atau strategi kami. Kami tidak mengenali anda dan, selain itu, hasil hidup anda bergantung kepada anda sendiri. Bersetuju? Kami sedia membantu dengan memberi anda strategi dan formula terbaik untuk menyenangkan perjalanan keusahawanan anda. Walau bagaimanapun, tidak ada apa-apa di halaman ini atau mana-mana laman web atau e-mel kami yang merupakan janji atau jaminan pendapatan masa depan. Sebarang angka kewangan yang ditunjukkan di sini, atau di mana-mana laman web atau e-mel kami, hanyalah anggaran atau unjuran atau hasil masa lalu, dan tidak boleh dianggap tepat, benar atau sebagai janji untuk memperoleh sebarang potensi pendapatan - semua nombor hanya sebagai ilustrasi sahaja.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila e-mel hello@binabisnesonline.com. Teruskan berusaha, anda dah selangkah lebih dekat! 😉